Saturday 16 August 2014

Pokok Bunga Daisy


 
$ rasa mesti ramai yang minat Daisy… $ memang suke yang amat pada daisy. Kenapa?

Serius $ cakap kt awk semua… tak rugi tanam bunga Daisy sebab pokok nie cute miut.. then memang lasak…. Bunga dia memang boleh buat kita geram pasal cantik dan datang dalam warna yang menarik…..

 


Nie masa mula2 beli...



Tunggu masa say hai pada mummy dia
 

           Pict nie masa mula2 $ pindahkan diaorang dalam tanah... memang fresh lagi pasal masa nie belum kena terjah di Sinaran UV... heeeeee



nie before tanam terus dalam tanah... tapi sekarang tak berapa nak gebu dah lepas tanam dalam tanah.. tapi takpe.. bagi diaorang serasi dulu dengan tanah...
 

Bunga daisy nie tidak mengeluarkan bau yang wangi seperti ros… tetapi keunikan bunga ni terletak pada bentuk… saiz dan warnanya… saiznya lebih kurang telapak tangan dewasa,
Bunga nie memang sesuai dijadikan cut flower, … so  kalau nak dijadikan cut flower, elok masa beli tu beli yang jenis bertangkai panjang… bukan apa... kalau beli yang bertangkai pendek.. terasa was-was pulak..entah ade ke tidak possibility utk si Daisy bertangkai panjang next blooming...
 Seingat $ sewaktu membeli Daisy nie.. ada juga tanya tuan kedai cara nak  jaga daisy nie… abg tu cakap… letak tempat yang kena banyak matahari baru tangkai bunga  dia panjang, kalau tempat teduh tangkai bunga tak brapa nak panjang… lebih kurang macam tu la…
Kalau nak tanam  Daisy dalam pasu kecil pun takde masalah.. bagi $, pasu yang berukuran lebih kurang tinggi 1 kaki n ukur lilit agak-agak dalam 27inci pun dah kira ok… lagipun Daisy tak membiak.. Cuma mengeluarkan pucuk2 baru menggantikan  helaian  daun tua… $ pun tak past selama mana jangka hayat pokok nie….

… tapi kalau nak tanam terus dalam tanah … kena berkorban la… kenapa? Sebab lepas beli pokok Daisy nie... $ hold dulu… tak lama lepas tu baru terus tanam dalam tanah.. (di kawasan fully sun).. mula2 terkapai2 la pokok tu… terkejut kot dari kawasan separa teduh tiba2 duk kat padang pasir kan.. tapi $ tibai jek.. bagi bulan pertama maybe pokok jadi tak fresh.. kecut kering jek.. … tapi lama- lama  dia pun cuba la survive sendiri…
Tapi $ cadangkan lebih baik tanam terus ke dalam tanah.. bagi dia happy, kalau tanam dalam pasu.. kesian la… akar dia berbelit2 dalam pasu pasal tak cukup ruang… bila tanam dalam tanah akar dia boleh menjalar ke dalam tanam dengan lebih bebas.. pokok pun tau stress tau.. bukan orang jek…

…tapi kalau boleh jangan letak di kawasan yang dapat cahaya matahari terik sangat… pasal pada pemerhatian $ selama jaga pokok bunga Daisy nie,  pokok Daisy sukakan cuaca yang panas yang tidak terlalu terik, kalau hari mendung… mesti fresh je pokok dia…. Tapi kalau hari panas terik sangat habis la terkulai layu daunnya… so better tanam kat tempat yang dapat cahaya matahari belah pagi sahaja……(partial shade)   ataupun belah petang sahaja…  kalau nak mudah tanam je dalam pasu.. boleh alih2 untuk buat eksperimen dulu mana port yang sesuai…

Untuk baja.. $ gunakan baja tahi ayam jek.. ada jual kat kedai RM2…  kadang2 ada jugak siram dengan air basuhan beras…better kita guna baja organik… di samping terlindung dari bahan kimia… kita juga dapat menyuburkan tanaman secara sihat.. yela… baja kimia tak elok sebenarnya..  boleh merosakkan kualiti tanah.. hasil memang gempak... tapi sebenarnya makin lama tanah makin sakit dan kebarangkalian jangka hayat pokok lebih pendek pun ada...

Untuk penyiraman.. siram sekali sehari pun dah ok…. kalau panas terik sangat siram la lagi sekali waktu petang.. (tapi $ kadang2  balik keje dah lewat petang baru siram, pasal pagi takde orang rumah yang rajin nak tlong siramkan…maklumlah.. masing2 ada kerja sendiri )

  apa yang $ perhatikan.. kepekatan warna bunganya  akan mudah luntur sekiranya pokok bunga tersebut  menerima sinaran  cahaya matahari yang terlalu terik.. namun skiranya cuaca mendung @ cahaya yang diterima kurang terik… warna bunga asalnya nya akan kekal dalam tempoh yang agak lama..

Bunga Daisy terdapat dalam berbagai-bagai warna… tapi yang $ ada hanyalah beberapa warna sahaja… lagipun bunga nie bukan senang nak jumpa di nurseri dalam Terengganu... Tapi masa pergi pesta pertanian di Kuala Berang, Terengganu... perghhh banyak giler kot si Daisy nie.. warna pun cun2.. tapi oleh sebab bajet tak mengizinkan pada masa tu.. so terpaksa pendam jele niat di hati..... 
Nie jek yang dapat dikongsikan berdasarkan pengalaman yang ciput nie…. Kalau ada petua @ tips berguna… boleh kita kongsi sama2..

-Next time $  akan postkan tentang tanah yang sesuai untuk tanaman, insyallah andai ada ruang & kesempatan…
flora & fauna lovers
          -Miss $-


4 comments:

  1. Nak tanya kenapa saya bru beli pokok daisy ni kan dan tukar pasu kenapa bunga semua layu kuntum2 dia pon layu habis

    ReplyDelete
  2. Saya pun baru beli bunga daisy dan tukar pasu.tak tahu nape bunga jadi layu..

    ReplyDelete
  3. Erh cik.betul ke bunga daisy x mmbiak?

    ReplyDelete