$ rasa mesti ramai yang minat Daisy… $
memang suke yang amat pada daisy. Kenapa?
Serius $ cakap kt awk semua… tak rugi tanam
bunga Daisy sebab pokok nie cute miut.. then memang lasak…. Bunga dia memang boleh buat kita
geram pasal cantik dan datang dalam warna yang menarik…..
Nie masa mula2 beli...
Tunggu masa say hai pada mummy dia
Pict nie masa mula2 $ pindahkan diaorang dalam tanah... memang fresh lagi pasal masa nie belum kena terjah di Sinaran UV... heeeeee
nie before tanam terus dalam tanah... tapi sekarang tak berapa nak gebu dah lepas tanam dalam tanah.. tapi takpe.. bagi diaorang serasi dulu dengan tanah...
Bunga daisy nie
tidak mengeluarkan bau yang wangi seperti ros… tetapi keunikan bunga ni
terletak pada bentuk… saiz dan warnanya… saiznya lebih kurang telapak tangan dewasa,
Bunga nie memang sesuai dijadikan
cut flower, … so kalau nak dijadikan
cut flower, elok masa beli tu beli yang jenis bertangkai panjang… bukan apa... kalau beli yang bertangkai pendek.. terasa was-was pulak..entah ade ke tidak possibility utk si Daisy bertangkai panjang next blooming...
Seingat $
sewaktu membeli Daisy nie.. ada juga tanya tuan kedai cara nak jaga daisy nie… abg tu cakap… letak tempat yang
kena banyak matahari baru tangkai bunga
dia panjang, kalau tempat teduh tangkai bunga tak brapa nak panjang…
lebih kurang macam tu la…
Kalau nak tanam
Daisy dalam pasu kecil pun takde masalah.. bagi $, pasu yang berukuran lebih
kurang tinggi 1 kaki n ukur lilit agak-agak dalam 27inci pun dah kira ok… lagipun
Daisy tak membiak.. Cuma mengeluarkan pucuk2 baru menggantikan helaian daun tua… $ pun tak past selama mana
jangka hayat pokok nie….
… tapi kalau nak tanam terus dalam tanah … kena
berkorban la… kenapa? Sebab lepas beli pokok Daisy nie... $ hold dulu… tak lama lepas tu baru terus
tanam dalam tanah.. (di kawasan fully sun).. mula2 terkapai2 la pokok tu…
terkejut kot dari kawasan separa teduh tiba2 duk kat padang pasir kan.. tapi $
tibai jek.. bagi bulan pertama maybe pokok jadi tak fresh.. kecut kering jek..
… tapi lama- lama dia pun cuba la
survive sendiri…
Tapi $ cadangkan
lebih baik tanam terus ke dalam tanah.. bagi dia happy, kalau tanam dalam pasu..
kesian la… akar dia berbelit2 dalam pasu pasal tak cukup ruang… bila tanam dalam
tanah akar dia boleh menjalar ke dalam tanam dengan lebih bebas.. pokok pun tau
stress tau.. bukan orang jek…
…tapi kalau boleh
jangan letak di kawasan yang dapat cahaya matahari terik sangat… pasal pada
pemerhatian $ selama jaga pokok bunga Daisy nie, pokok Daisy sukakan cuaca yang panas yang
tidak terlalu terik, kalau hari mendung… mesti fresh je pokok dia…. Tapi kalau
hari panas terik sangat habis la terkulai layu daunnya… so better tanam kat
tempat yang dapat cahaya matahari belah pagi sahaja……(partial shade) ataupun belah petang
sahaja… kalau nak mudah tanam je dalam
pasu.. boleh alih2 untuk buat eksperimen dulu mana port yang sesuai…
Untuk baja.. $
gunakan baja tahi ayam jek.. ada jual kat kedai RM2… kadang2 ada jugak siram dengan air basuhan
beras…better kita guna baja organik… di samping terlindung dari bahan kimia…
kita juga dapat menyuburkan tanaman secara sihat.. yela… baja kimia tak elok sebenarnya.. boleh merosakkan kualiti tanah.. hasil memang gempak... tapi sebenarnya makin lama tanah makin sakit dan kebarangkalian jangka hayat pokok lebih pendek pun ada...
Untuk penyiraman..
siram sekali sehari pun dah ok…. kalau panas terik sangat siram la lagi sekali
waktu petang.. (tapi $ kadang2 balik
keje dah lewat petang baru siram, pasal pagi takde orang rumah yang rajin nak
tlong siramkan…maklumlah.. masing2 ada kerja sendiri )
… apa yang $ perhatikan.. kepekatan warna
bunganya akan mudah luntur sekiranya pokok
bunga tersebut menerima sinaran cahaya matahari yang terlalu terik.. namun
skiranya cuaca mendung @ cahaya yang diterima kurang terik… warna bunga asalnya nya akan kekal
dalam tempoh yang agak lama..
Bunga Daisy
terdapat dalam berbagai-bagai warna… tapi yang $ ada hanyalah beberapa warna
sahaja… lagipun bunga nie bukan senang nak jumpa di nurseri dalam Terengganu... Tapi masa pergi pesta pertanian di Kuala Berang, Terengganu... perghhh banyak giler kot si Daisy nie.. warna pun cun2.. tapi oleh sebab bajet tak mengizinkan pada masa tu.. so terpaksa pendam jele niat di hati.....
Nie jek yang
dapat dikongsikan berdasarkan pengalaman yang ciput nie…. Kalau ada petua @
tips berguna… boleh kita kongsi sama2..
-Next time $ akan
postkan tentang tanah yang sesuai untuk tanaman, insyallah andai ada ruang
& kesempatan…
flora & fauna lovers
-Miss $-