Wednesday, 3 September 2014

Rain lili say hai to September…


Few day’s ago tengok rain lili ber buds yang sangat comel..
Rain Lili Buds

Tak sabar nak tunggu bud's tu mekar…. Banyak pulak  bud’s nyerr.. padan la nama rain lili. Sekarang kan dah start mendung + hujan di pantai timur… suka la si rain lili…. Mengharapkan mendung yang yang berpanjangan untuk mengeluarkan small bud's
Then pagi semalam.. before go work.. S jeling.. wahhhh…dah hampir nak mekar..
Rain Lili- Get ready to blooming
Tetiba bersemangat di pagi hari tengok Rain lili dah start nak say hai..
 Tambah2 pulak dengan Si Bunga Daisy yang turut serta nak mengembang.

 
Then balik work dah lewat petang, …. ..
seeee..
tak sempat masuk rumah terus snapp pict
yeahh.. wakeup from sleep..
 
Hiraukan daun yang rongak.
Nie kerja Mr. Goat la… pasal diaorang jek yang gatal mulut tibai tanaman S… papepun mujur dia tak trim semua.. takpelahh… bagi rasa jek.. hik hik..
Pink jek sempat snap.. yang krim dalam pagar.. tu pun dah mekar jenguk semalam.. malas nak snap pasal malas nak open my garden gate… campoq dengan kecoh nak g bandar dengan family.. takot kena tinggalll… heeeeeeeeee

Tuesday, 2 September 2014

Musim Bunga si Daisy..


 
Haishhh… si rain lili galak mekar di my garden… tengok2 si Daisy pun berlumba2 mengeluarkan bud and waiting time to bloom… (dah ada pun yang blooming) happy kaw kaw...



bunga daisy snap 2days before


Sah! Nie sebab cuaca mendung.. $ perasan September nie dah tak terik sangat macam bulan2 lepas.. alhamdulillah.. boleh la diaorang terus berbunga tanpa sunburn

Couple of Daisy

  Bunga2 pun dapat bertahan lama warna dia.. kalau panas terik warna bunga daisy cepat pudar..
 
Boleh la $ release stress…tengok baby2 dah membuahkan hasil lumayan ....
geram.. grrrrr... kembang molep... Nie Sehari sebelum kejadian… mekar segar bugar jek… after 1 days… dah berseorangan..(semalam tarikh keramat 02/09/14)
Walaupun awak rongok.. tapi tetap sweet kat ati saya
 

tak perasan masa mana kena bantai....
sah! tak lain tak bukan.. Mr Goat punyer kerja. Dengki la tu...
Tapi takpe… satu rongok…. Let it go…… let it go…

Bertangkai2 lagi keluar nanti,.. tak caye???…

see… sempat snap before go work…
 
Hai... i'm coming
 
Dark Peach Color
 
My Favaroute Color...

Cepat2 mekar serentak…
Boleh potong masuk vase….

Sunday, 31 August 2014

Cara Tanam Pokok Bunga Ros


 

Kau cantik tapi berbisa..
ahakss…

Sesuai sangat ungkapan nie untuk bunga ros tau. Or bahasa tradisional nya bunga mawar.
Few week (before) $ ada alihkan pokok bunga  ros, asalnya dalam polibeg…
$ beli pokok yang boleh dikategorikan pokok bermasaalah.. pasal sangat tak fresh masa beli tu, then mcm berpenyakit. Tapi kenapa $ belik jugak???
Pasal MURAH .
Hih hik..
Tapi takdek masalah.. sal nanti kita akan buat dia bebas dari penyakit.. so sekarang $ nak tunjuk cara $ tanam pokok bunga ros nie.
(Next entry i will show what happen to my Roses yang bermasalah)
First sekali, buang polibeg, tapi hati2, kalau boleh biar tanah asal dia still static dan tak lebur. Macam gambar kat bawah ni.
 
Pasal ape kita tak goyang2 pokok sampai Nampak akar then tanam?
Ish tak boleh… pasal pokok bunga ros manja sebenarnya. Kalau kita maintain kan akar dia dalam tanah yang asal, nanti masa kita pindahkan, sekurangnya dia tak lah terkejut masuk tempat baru. Lebih kurang macam tu la..
Second, gali lubang siap2,
11/08/2014
 
kalau boleh permukaan lubang yang digali tu lebih kurang same rata dengan tanah asal pada pokok bunga yang dibeli. (boleh rujuk gambar… tak berapa nak pandai susun ayat)
Pangkal Pokok Bunga Ros


Third, kambus lubang tu..
kambus baik-baik
 
Taraaa…
Pokok Bunga Ros
 
 
Dah siap kan.. jadi boleh siram..
pokok bunga ros yang $ tanam  nie di tempat yang boleh dikatakan  fully sun.
So nie saje perkongsian untuk kali nie...
Selamat Bercucuk Tanam!

Saturday, 23 August 2014

Si cantik manis – Pokok Bunga Rain Lili


 
Haaa.. pernah tengok bunga lili tak? Bunga lili dibiakkan melalui bebawang (bulb),

Saiz kuntuman bunganya lebih kurang besar penumbuk dewasa. Tapi rain lili yang $ nak cakap nie bukan lily tu tau.. kira anak-beranak tiri la…
 
Nie la rain lili..ataupun nama saitifiknya, 'Zephyranthes candida', berasal dari Afrika Selatan. Mengikut apa yang $ google before, pokok nie dinamakan rain lili sebab ia akan mengeluarkan bunga yang banyak selepas hujan.
 dalam Malaysia, pokok nie ynag biasa ditanam adalah yang berwarna pink & putih.
 
Saiz kelopak bunganya lebih kurang saiz ibu jari jee…   Dalam koleksi $ ada 2 warna. Soft pink dan krim + putih … tapi ada lagi 1 baka nie .. look like kelopak dia besar sikit dari baka kat atas tuu.. warna pun very white & sejuk mata memandang.. 
Waiting to Blooming
 

Cara jaga? Senang je tau.. tak remeh pun..  tanam terus dalam tanah or pasu pun boleh…apa-apa tanah je... jangan tanah liat putih sudah.. Rain lili jugak antara pokok yang tahan lasak dari serangan penyakit..
Rain lili nie  jenis yang berbawang tau (bulb), next time $ post rupe bebawangnya ekk… tak de masa nak gali n snappp… heee
Pencahayaan
Mengikut artikel yang $ google, Rain lili sukakan full sun,  tapi $ letak di kawasan partial shade, ok jek N tengok. Maybe full sun yang dimaksudkan bukan dalam kategori panas terik .  tapi bagi $ better letak di kawasan yang partial shade…  (lagipun kita kan dalam musimE l Nino) ngeee...
Siram 1 kali sehari pun tak pe…. Kalau  2 hari tak siram pun takde masalah…  jangan berminggu2 tak siram sudah.. kesian pulak,  diaorang pun haus jugak tau.. pokok nie kalau kurang air, dia akan layu & mati, tapi jangan cabut buang pulak, pasal  bebawang dia akan survive balik untuk hidup bila dapat air yang cukup.
Baja jangan lupe 2 minggu sekali.. (wajib), macam biasa.. $ siramkan jugak kadang2 air basuhan beras… bagi lagi fresh n berbunga lebat..
 
Rain lili berbunga sepanjang tahun, dan ia akan berbunga lebat sekitar bulan september hingga oktober..  .
 
Flora & Fauna Lovers

 Miss $

Saturday, 16 August 2014

Pokok Bunga Daisy


 
$ rasa mesti ramai yang minat Daisy… $ memang suke yang amat pada daisy. Kenapa?

Serius $ cakap kt awk semua… tak rugi tanam bunga Daisy sebab pokok nie cute miut.. then memang lasak…. Bunga dia memang boleh buat kita geram pasal cantik dan datang dalam warna yang menarik…..

 


Nie masa mula2 beli...



Tunggu masa say hai pada mummy dia
 

           Pict nie masa mula2 $ pindahkan diaorang dalam tanah... memang fresh lagi pasal masa nie belum kena terjah di Sinaran UV... heeeeee



nie before tanam terus dalam tanah... tapi sekarang tak berapa nak gebu dah lepas tanam dalam tanah.. tapi takpe.. bagi diaorang serasi dulu dengan tanah...
 

Bunga daisy nie tidak mengeluarkan bau yang wangi seperti ros… tetapi keunikan bunga ni terletak pada bentuk… saiz dan warnanya… saiznya lebih kurang telapak tangan dewasa,
Bunga nie memang sesuai dijadikan cut flower, … so  kalau nak dijadikan cut flower, elok masa beli tu beli yang jenis bertangkai panjang… bukan apa... kalau beli yang bertangkai pendek.. terasa was-was pulak..entah ade ke tidak possibility utk si Daisy bertangkai panjang next blooming...
 Seingat $ sewaktu membeli Daisy nie.. ada juga tanya tuan kedai cara nak  jaga daisy nie… abg tu cakap… letak tempat yang kena banyak matahari baru tangkai bunga  dia panjang, kalau tempat teduh tangkai bunga tak brapa nak panjang… lebih kurang macam tu la…
Kalau nak tanam  Daisy dalam pasu kecil pun takde masalah.. bagi $, pasu yang berukuran lebih kurang tinggi 1 kaki n ukur lilit agak-agak dalam 27inci pun dah kira ok… lagipun Daisy tak membiak.. Cuma mengeluarkan pucuk2 baru menggantikan  helaian  daun tua… $ pun tak past selama mana jangka hayat pokok nie….

… tapi kalau nak tanam terus dalam tanah … kena berkorban la… kenapa? Sebab lepas beli pokok Daisy nie... $ hold dulu… tak lama lepas tu baru terus tanam dalam tanah.. (di kawasan fully sun).. mula2 terkapai2 la pokok tu… terkejut kot dari kawasan separa teduh tiba2 duk kat padang pasir kan.. tapi $ tibai jek.. bagi bulan pertama maybe pokok jadi tak fresh.. kecut kering jek.. … tapi lama- lama  dia pun cuba la survive sendiri…
Tapi $ cadangkan lebih baik tanam terus ke dalam tanah.. bagi dia happy, kalau tanam dalam pasu.. kesian la… akar dia berbelit2 dalam pasu pasal tak cukup ruang… bila tanam dalam tanah akar dia boleh menjalar ke dalam tanam dengan lebih bebas.. pokok pun tau stress tau.. bukan orang jek…

…tapi kalau boleh jangan letak di kawasan yang dapat cahaya matahari terik sangat… pasal pada pemerhatian $ selama jaga pokok bunga Daisy nie,  pokok Daisy sukakan cuaca yang panas yang tidak terlalu terik, kalau hari mendung… mesti fresh je pokok dia…. Tapi kalau hari panas terik sangat habis la terkulai layu daunnya… so better tanam kat tempat yang dapat cahaya matahari belah pagi sahaja……(partial shade)   ataupun belah petang sahaja…  kalau nak mudah tanam je dalam pasu.. boleh alih2 untuk buat eksperimen dulu mana port yang sesuai…

Untuk baja.. $ gunakan baja tahi ayam jek.. ada jual kat kedai RM2…  kadang2 ada jugak siram dengan air basuhan beras…better kita guna baja organik… di samping terlindung dari bahan kimia… kita juga dapat menyuburkan tanaman secara sihat.. yela… baja kimia tak elok sebenarnya..  boleh merosakkan kualiti tanah.. hasil memang gempak... tapi sebenarnya makin lama tanah makin sakit dan kebarangkalian jangka hayat pokok lebih pendek pun ada...

Untuk penyiraman.. siram sekali sehari pun dah ok…. kalau panas terik sangat siram la lagi sekali waktu petang.. (tapi $ kadang2  balik keje dah lewat petang baru siram, pasal pagi takde orang rumah yang rajin nak tlong siramkan…maklumlah.. masing2 ada kerja sendiri )

  apa yang $ perhatikan.. kepekatan warna bunganya  akan mudah luntur sekiranya pokok bunga tersebut  menerima sinaran  cahaya matahari yang terlalu terik.. namun skiranya cuaca mendung @ cahaya yang diterima kurang terik… warna bunga asalnya nya akan kekal dalam tempoh yang agak lama..

Bunga Daisy terdapat dalam berbagai-bagai warna… tapi yang $ ada hanyalah beberapa warna sahaja… lagipun bunga nie bukan senang nak jumpa di nurseri dalam Terengganu... Tapi masa pergi pesta pertanian di Kuala Berang, Terengganu... perghhh banyak giler kot si Daisy nie.. warna pun cun2.. tapi oleh sebab bajet tak mengizinkan pada masa tu.. so terpaksa pendam jele niat di hati..... 
Nie jek yang dapat dikongsikan berdasarkan pengalaman yang ciput nie…. Kalau ada petua @ tips berguna… boleh kita kongsi sama2..

-Next time $  akan postkan tentang tanah yang sesuai untuk tanaman, insyallah andai ada ruang & kesempatan…
flora & fauna lovers
          -Miss $-


Friday, 8 August 2014

Penjelajahan Bakal Bermula

Hai...
Salam sejahtera untuk semua...
now $ built new blog untuk ekspresikan pengalaman... and ape yang $ lalui dalam kehidupan nie tau...
ekspecially tentang flora & fauna..

so, jom kita kongsi

Nice to meet u...

Regards
Miss $